Sunday, July 29, 2012

24/7 tiba lagi: 66

Alhamdulillah, Khadijah Hani telah berumur satu tahun.

Ia kelahiran yang dinanti, atas nama kasih dan cinta kami.

Semoga anak ibu menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat!

Oleh kerana hari lahir KH jatuh pada bulan puasa dan waktu bekerja pula, kita sambut lewat sikit, insyaAllah di Seremban (rumah atuk dan wan) Sabtu nanti.  Ibu juga telah minta wan masakkan bubur lambuk untuk kita berbuka puasa. 

Friday, July 27, 2012

Kuasa Membeli: 65

Saya menganggap kuasa membeli saya terhad.  Handak membeli untuk diri sendiri pun saya mempunyai a shortlist ‘things to buy’.  Walaupun gaji telah naik, senarai itu tetap pendek begitu.  Saya berkira-kira untuk membeli banyak benda.

Ia banyak dipengaruhi oleh kehidupan semasa kecil, semasa belajar, sebelum ada kerja, ada gaji dan ada kesenangan.

Semasa kecil, ayah dan emak saya bukannya pekerja kelas atasan.  Mereka adalah daripada kumpulan sokongan.  Dengan adik beradik seramai 7 orang, semuanya terhad.  Segala-galanya telah dihadkan.

Apabila saya belajar di universiti, mendapat pinjaman JPA adalah satu nikmat Allah yang tidak mahu saya dustakan.  Walaupun ia tidak terlalu mewah, namun ianya mencukupi untuk membayar yuran dan mengisi perut saya.  Masa tu saya sangat kurus, hanya 42 kg dengan ketinggian 150 cm (baca: perasan seperti model rendang dan kurus).  Sekali lagi saya tidak mampu sangat untuk berbelanja.  Seingat saya, hanya ada satu benda yang saya beli dengan harga yang SANGAT MAHAL iaitu kasut yang berharga RM 150 dan ianya masih baik sehingga sekarang (baca: after 14 yrs). 

Lepas tu saya mendapat kerja tetap dan telah pun mempunyai dua orang anak.  Sebelumnya saya bekerja taraf sambilan dan kontrak yang tidak memungkinkan saya untuk berbelanja mengikut kata nafsu.  Sekali lagi perbelanjaan dihadkan kerana keutamaan diberikan kepada anak-anak.  Bermula dengan keperluan bayi sehingga bayaran nursery, semuanya menggunakan duit yang tidak pernah sedikit.

Begitu juga apabila gaji telah naik, samada semasa mendapat hadiah pergerakan gaji kerana mendapat Master (Sc.) atau kerana naik pangkat atau kerana kenaikan 1-13% gaji kakitangan awam, a shortlist ‘things to buy’ is still short, hahaha.  Lagipun, saya mendapat seorang lagi anak, yang merupakan rezeki terhebat selepas 6 tahun.

Saya menjadi pemikir apabila melihat rakan-rakan yang bekerja terutamanya bertaraf kontrak,  tetapi sanggup berhabis membeli tudung gaya Pearl Haiya dan Fareeda sehingga RM 140 sehelai.  Membeli baju pula sehingga RM 130-150 sehelai dan yang paling saya tidak faham, mereka sanggup pula berhutang!  Masya Allah.

Ia sesuatu yang boleh difikirkan.

Saya hanya membeli perkara yang PERLU dengan harga yang MUNASABAH.  Mungkin kerana saya belum MAMPU.

Nota kaki:
Zaman kesempitan (Zamaanuddiq) adalah dari umur 15-37 tahun.  Petua menghadapi adalah dengan qana’ah (merasa cukup dengan apa yang ada) dan Iktisad (berjimat cermat).  –Motivasi pagi Radio IKIM.

Wednesday, July 25, 2012

Hanya terlintas: 64

Nikmat Allah yang manakah yang aku dustakan?

Sekecil-kecil perkara walaupun sekadar lintasan hati, tetap Allah yang Maha Mendengar mengambil tahu dan memakbulkan.  Tiada siapa yang tahu lintasan hati orang lain, kecuali Allah.

Lintasan hati I

Kerap juga towel yang dibawa ke nurseri KH perlu ditukar.  Kadang tu sampai 3 helai seminggu.  Kotor betul.

Terdetik dalam hati,

"Nanti masuk gaji nak tambah towel KH, senang nak ganti-ganti".

Hujung minggu itu rakan sekerja dari Kelantan datang ziarah kami sekeluarga.  Mereka bukan sahaja rakan sekerja malah telah menjadi rakan keluarga kami.

Sebelum balik beliau menghulurkan buah tangan.  Satu beg besar.  Beliau selalu begitu, tidak lokek dengan cenderahati, bukan sahaja kepada anak-anak kami tetapi untuk saya dan suami pun ada!

Alhamdulillah, ada  3 helai towel bersaiz untuk kanak-kanak di dalam beg besar itu.

Allah Maha Mendengar permintaan hambaNya.  Masya Allah.

Lintasan hati II

Sekembalinya dari outstesen di Penang, saya singgah di Kilang Yusoff Taiyoob.  Nak beli kurma dengan harga borong!

Bila dijual dengan harga borong, maknanya kena beli dengan kuantiti yang besar (baca: 2-5 kg ke atas).

Mak aaaiii...banyaknya nak kena beli.

Lastly, I bought the cheapest kurma, which was Ajmal for 2 kg packaging.  The least is 2 kg.

Sampai rumah, pakat-pakat bagi jiran semua sebekas taufu fa.  Berkongsi rezeki yang banyak!

Bila dah start puasa 3 hari ni, nampaknya bekalan kurma sendiri semakin nampak berkurangan.  Tahun ini kami ajak anak-anak makan 3 biji kurma, sempena ikut sunnah Rasulullah, bukan 1-2 biji sahaja seperti tahun-tahun sebelumnya.

Terdetik dalam hati,

"Macam nak kena beli lagi kurma ni.  Kirim kat siapa ye kalau pergi kilang Yusoff Taiyoob".

2-3 kali jugak melintas dalam hati untuk beli kurma.

Hari ini bos kecil menghadiahkan satu bekas taufu fa kurma.  Dua hari sebelumnya rakan sekerja menghadiahkan 1 bekas taufu fa kurma Mariami.

Alhamdulillah.

Nikmat Allah yang manakah yang aku ingin dustakan lagi?

Monday, July 23, 2012

Dr. Azim, Berlarilah Menuju Temanmu Yang Maha Pengasih: 63

Ia berita yang amat mengejutkan.  Pemergiannya juga mengejut.

Beliau pergi dalam tidur sekitar jam 3 pagi.

Saya hanya dapat beritanya setelah ianya sangat terlewat.

Kesal kerana kemudahan teknologi IT (baca: FB dll) yang ada tetapi tidak dibenarkan (baca: banned apabila di pejabat) atas sebab-sebab terlalu ramai yang tidak bertanggung jawab, menyebabkan saya terlepas berita penting dan mendukacitakan ini.

Mesej-mesej akhir yang saya terima lebih menambah duka.

"We prayed solat jenazah for Azim here, at Putrajaya Mosque".

"We buried Azim here at Putrajaya cemetery".

"Tahlil will be tonite at .......saujana pucong".

Apdet yang diterima juga bukan dapat dikejar, kerana semuanya 15-30 minutes late!

Pemergiannya sangat dirasai.  Dr. Azim bukan sahaja rakan sekolah rendah dan sekolah menengah kami, tetapi beliau lebih kepada sahabat keluarga.  Emak dan ayah saya bekerja di bawah penyeliaan ayahnya Dr. Noor Azhar.  Seluruh ahli keluarganya adalah orang yang baik-baik.  Tidak meninggi diri dan sangat berbudi bahasa. 

Oleh kerana beliau seorang yang sangat baik, saya menamakan anak lelaki saya sama dengan nama beliau, Muhammad Azeem.  Ianya dengan harapan semoga anak saya Azeem menuruti sikap dan sifatnya yang berbudi pekerti mulia, juga menjadi seorang doktor muslim yang soleh.

Saya tidak mempunyai kata-kata penguat hati untuk isteri dan 4 orang anaknya yang masih kecil kerana ia sungguh memeritkan, tambahan pula ia berlaku hanya 2 hari sebelum Ramadhan tiba.

Masya Allah.  Sesungguhnya Allah tidak memberi ujian kepada hambaNya di luar daripada kemampuannya.  Saya percaya isteri Dr Azim seorang yang sangat tabah dan solehah.

Semoga Allah merahmati mu Dr Azim.

Thursday, July 19, 2012

Office hour:62

Pertama kali dalam hidup saya mengetahui ada waktu kerja di Malaysia ini mengikut waktu operasi negara luar.  Sebagai contoh operasi syarikat ABC mengikut waktu operasi syarikat DEF yang berpengkalan di UK atau Kanada.  Maknanya, time kita semua masih diulit mimpi, ada warga Malaysia yang telah mula bekerja kerana waktu negara luar telah mula bekerja. 

Ia kedengaran sangat pelik dan seperti tidak munasabah.  Tapi, ia berlaku dan ada orang yang sanggup bekerja pada waktu itu dengan pelbagai alasan yang boleh difikirkan.

Saya dapat tahu kerana biras saya bertukar tempat kerja yang operasi kerjanya bermula 5.30 pagi dan tamat jam 1.30 petang (baca: ikut waktu Kanada).  Mulanya kami ingat beliau bertukar kerja sekadar inginkan manfaat (gaji+elaun) yang lebih (baca: telah bertukar kerja 3 kali semenjak 5 tahun menjadi sebahagian besar keluarga kami) dan sangkaan awal kami betapa beliau sanggup mengambil waktu rehat (baca:sunnatullah malam untuk rehat dan mengumpul daya) hanya kerana 'manfaat' lebih itu, sepertinya tidak patut.

Ternyata sangkaan itu salah.  Saya mendengar penuh minat perbualannya dengan ipar duai.

"Okaylah office hour macam tu, petang dah boleh main dengan anak". Katanya penuh semangat.

Iye juga, seperti guru tetapi guru kerjanya sampai malam walaupun office hour sampai tengahari (baca: kena periksa kerja sekolah murid2).

"Masa kerja sekarang, keluar pagi (baca: agak saya 6.30 am kot), anak masih tidur.  Balik dah malam, anak pun dah tidur". Tambah beliau lagi.

Munasabah dan sangat relevan pula.  Murni sungguh niat ibu muda ini, fikir saya.

Saya memandangnya dari sisi yang lain.  Ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan apabila Allah telah mengizinkan sesuatu itu berlaku.  Pasti ada didikan yang Allah ingin berikan. 

Dengan waktu kerja yang begitu, sekurang-kurangnya beliau mesti bertolak dari rumah dalam pukul 5 pagi.  Mungkin beliau mengambil masa 30 minit untuk bersiap-siap, maka beliau akan bangun pada jam 4.30 pagi.  Alangkah baiknya jika beliau dapat bangun setengah jam lebih awal untuk bertahajjud atau berqiamullail kepada Allah.  Nescaya rezeki dan 'manfaat' yang didambakan itu semakin berkat dan dirahmati.

Maha suci Allah daripada menjadikan/ membenarkan sesuatu dengan sia-sia.

~Semoga beliau diberi hidayah itu.

Tuesday, July 17, 2012

Perasan: 61

Pada saya, ianya perasaan yang spontan.  Terutama bila berjalan di kalangan pelajar-pelajar universiti.  Terasa diri sebahagian daripada mereka dan terasa ingin bercinta semula (baca: bercinta semasa muda belia walaupun saya tidak bercinta semasa masih di kampus).

Kadang-kadang terasa juga diri telah tua bila mengenangkan anak telah berderet 3 dan perasan itu juga datang dengan spontan.  Orang kata, ia perasaan sedar diri!

Situasi I

Semasa menghadiri satu bengkel penulisan saintifik di UITM, saya duduk bersebelahan dengan seorang pensyarah muda lelaki.  Saya rasa beliau baru tamat daripada pengajian Master. 

Sebenarnya beliau yang datang duduk sebelah saya.  And he is so sweet!

Beberapa pendahuluan perkenalan telah beliau mulakan.  Being as a secretariat, he always brought sweets for me. 

Hah..mulalah perasan tu.

Bila time break for tea and lunch, he will cordially invite me.  Penuh kesopanan. 

Hah..perasan yang berterusan!

Petang itu...

"Rumah awak Penang kat mana?" Tanya pensyarah muda itu.

" Err..(agak gugup di situ).  Saya tinggal di hotel." Jawab saya.

"Owh....". Beliau terdiam. 

Riak wajahnya seakan kecewa, barangkali mengharapkan saya orang Penang.  Rupa-rupanya saya bukan anak Penang.

Hah...perasan lagi.

Mungkin wajah anak mami saya membuatkan beliau bertanya di mana rumah saya di Penang ini. 

Itu telahan setelah sedar diri!

Masya Allah!

Situasi II

Saya baru saja keluar dari tandas bila 3 pelajar lelaki approach saya untuk bertanya sesuatu. 

Sebelum keluar tandas, saya membelek muka di cermin dan terdetik di dalam hati,
"hhhmm, rupa mak anak 3 dah aku ni".

"Err..tau tak kat mana pejabat dot dot dot?". Tanya pelajar itu.

"Err..saya pun tak tau sebab saya peserta bengkel kat sini".

"Diorang kata pejabat dot dot dot telah berpindah tempat.  Kat sinilah rasanya".  Mereka melanjutkan pertanyaan walaupun saya dah menyatakan yang saya hanya orang luar.

"Kalau gitu, mari saya tunjukkan sebab saya rasa ada satu pejabat di tingkat ini".  Saya tawarkan bantuan setelah melihat mereka sangat insist mahu dibantu.

"Mungkin awak nak ke pejabat ini?" tanya saya bila telah sampai di depan pejabat pentadbiran asrama.

"Yelah kot ni.  Okay, terima kasih.  See you". Kata mereka bertiga bersahut-sahutan.

Meriah bunyinya.  Semuanya ramah.  Semuanya mengucapkan terima kasih.  Semuanya menyatakan see you!

Saya tersenyum lebar. 

Hah...perasan mula datang! 

But I don't want to see you again...I am married and blessed with 3 kids.  Saya tersedar diri!

Astaghfirullah!

Sunday, July 15, 2012

Gap: 60

Saya tidak suka ada benteng/sekatan disebabkan oleh status atau disebut gap dengan staf saya.  They are freely to come and talk to me and I always remind them that they are not only my staffs but they are also my FRIENDS.  Saya sentiasa mahu menjaga urusan maknusiawi.  Urusan sesama manusia!

But, being a superior, for me is you MUST NOT break the rules/ laws.  Doing bad things/ behaviors together with them worsen the situation.  Ia akan menghilangkan rasa hormat.  Ketua telah buat salah, anak buah ikut dan teguran atau didikan untuk membetulkan mereka di kemudian hari adalah amat sukar!

Bila seorang ketua menegur staf ketua lain yang berbuat salah itu, senang-senang sahaja teguran itu diperlekehkan kerana ketua mereka sendiri okay dengan kesalahan itu.  Mereka berjemaah melakukan kesilapan or break the rules!

Ianya penyakit yang membarah di dalam sektor perkhidmatan awam.

Ya Allah, lindungilah saya daripada melakukan kesalahan selagi saya masih Engkau hidupkan.

Friday, July 13, 2012

Tazkirah Pendek-Takut Mati: 59

“Fitrah (kebiasan) manusia ini takut mati kerana mengenangkan isteri/ suami/ anak2/ ibu bapa yang ditinggalkan.  Namun, marilah kita ubah kebiasaan ini dengan yang sepatutnya atau sebetulnya iaitu takut mati kerana kita sebenarnya takut untuk bertemu Allah disebabkan amalan yang tidak sempurna dan pahala yang sedikit.  Orang yang meninggal sudah tentunya meninggal dan akan mengadap Allah dalam keadaan  bersendirian sementara orang yang ditinggalkan akan terus hidup dan beramal.  Takutlah kerana kita belum banyak persediaan untuk berjumpa Allah dan kerana memikirkan mereka yang ditinggalkan itu telah cukup atau tidak didikan dan ajaran Islam kita berikan.”

Kuliah Ustaz Pahrol Juoi-Isnin.

Monday, July 9, 2012

Cuti-cuti Malaysia Part IV: 58

Selepas sesi frust tak dapat bergambar dengan Ustaz Amin, kami ke Zoo Melaka.  Fikir saya, semua orang suka tengok haiwan.  Apa yang penting adalah baby yang dibawa.  Saya mengharapkan Khadijah teruja dengan haiwan-haiwan yang dilihat, jadi dia tak boring dan mengamuk! 

Tugu Zoo Melaka
Ehsan:ewanrani.blogspot.com-TQ

Dah penat round satu zoo yang sangat natural (boleh dikatakan haiwan diletakkan dalam tempat semulajadi/habitatnya-hutan yang tebal), kami plan nak naik tram pulak.  Saje suka-suka, ada driver bawak jalan-jalan.  Gambar di bawah menunjukkan tram waktu malam.  Saje nak bagitau, zoo Melaka pun ada ‘Night Zoo’ for nocturnal animals.


Naik tram-seronok jugak. Dah letih jalan, duduk sambil tengok2.
Ehsan:warlordsamoury.blogspot.com-TQ
Menjelang tengahari, kami pun balik hotel.  Sebelum tu tapau lauk lunch lah.  Kat Melaka ni sinonim dengan asam pedas.  Semua restoran ada asam pedas.  Jadi kami pun beli lauk tu lah.  Kiranya itulah lauk tersohor!

Asampedas pari is my favourite! Kalau masak tu lengkaplah dengan daun kesum n kantannya!
Ehsan:asamgaram2puteri.blogspot.com-TQ

Apa-apa pun, asam pedas mak dan nenek saya memang tidak ada siapa boleh challenge.

Saturday, July 7, 2012

Cuti-cuti Malaysia III: 57

Seperti hotel-hotel yang lain, customer diberi tiket makan free untuk sarapan.  Jadi, waktu sarapan saja kami makan di hotel.  Makan tengahari dan dinner, we just outsourced from restaurants nearby.  Lagipun, chef kat hotel ni agak-agak suam suku kemahiran masaknya. Sabar je lah.


As usual, saya suka makan roti bakar.  Yang kurang keringnya, bread toaster tu telah disetkan tidak membakar dengan baik bagi sekali bakar.  Kene round dua kali roti tu, barulah nampak seperti roti bakar.

Sambil duk tunggu roti tu round dua kali ada lah seorang encik itu, datang menjengah and masukkan rotinya.  Saya pun ramah mulut pula bercakap tanpa memandang,

“Tak berapa nak membakar toaster ni, kene round dua kali.” (Hasrat hati memberitahu, awak akan lama tau nak tunggu roti ni).

“Errr…”.

Macam mati kutu encik itu.

Saya pun spontan pandang ke belakang, dan ………………..












Encik itu adalah seorang SELEBRITI!  Beliau adalah Ustaz Amin Idris.


Ustaz Amin Idris
Ehsan:aminidris.com-TQ

Alahai…hensemnya.  Wajah yang bersih dan kemas.  Comelnya.  Pakaian tak yah cakap lah.  Memang beliau memakai yang selayaknya sebagai seorang ustaz dan pemberi motivasi. 

 Saya pun kebetulan roti dah bakar cantik, cepat-cepat pergi kat meja nak bagitau husband! 

“Abang, ustaz Amin tu.  TV Alhijrah tu lah…alaaa bang..kamera tak bawak pulak”. (Makan kat café hotel, bawak kupon saja lah kan).

Nak ambik gambar dengan phone, alahai….malu lah pulak nak keluarkan phone untuk snap gambar.  Maklum saja, ianya Nokia Classic.

Telefonku yang sangat 'basic'. 
Ehsan:imcc.com.my-TQ


Ada satu family dah ambil gambar dengan ustaz Amin.  Mereka menggunakan gajet yang hebat dan terkini di pasaran, macam gambar di bawah ni! 

Smartphone idaman kalbu-tapi belum mampu!
Ehsan:dailytech.com-TQ



Bertambah segan nak ambik gambar Ustaz Amin dengan husband.  Lagi pulak, dengan skrin yang kecil tu memungkinkan berlaga pipi pula husband dengan ustaz.

Sambil makan, jelling-jeling kat ustaz.  Nak tengok beliau makan apa..hahaha.  What a psycho.. 

Beliau sangat moderate.  Hanya makan roti bakar sekeping.  Lepas tu minum oren.  Kalau dah gitu gaya makannya, mana tak cantik kulitnya.  Badan pun maintain segak.  Harapkan saya, lagi semua tak cuba hidangan buffet tak berhenti mengunyah jawabnya.

*selalunya time-time cuti/ jln2 walaupun balik kampung, memang diet Rasulullah tak patuh dah.

Sambil-sambil tu suap Khadijah.  Tiba-tiba Ustaz Amin lalu kat tepi meja untuk keluar dan tegur Khadijah.

“Comelnya”……sambil tu beliau tersenyum simpul.

Aku ternganga.  Terima kasih dalam hati.  Tak terkeluar suara.  Parah. 

“Abang, kalau lah Ustaz Don Daniyal, nescaya naik berlari ke bilik untuk ambil kamera”.

“Tu tak yah cakaplah.  Semua duk kerumun dia.  Abang pun nak bergambar dengan dia”.

Aik, abang pun ada hati nak bergambar dengan Ustaz Don!

Fenomena Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
Ehsan:bharian.com.my-TQ

To be continued….

*Jumpa Ustaz hensem pun boleh dapat tulis satu bahagian…

Thursday, July 5, 2012

Cuti-cuti Malaysia Part II: 56

Selepas check-in hotel, kami ke River Cruise Melaka.  Walaupun kali kedua menaikinya, ia tetap menyeronokkan.  Seronok sebab kami semua ada bersama-sama.

River cruise waktu siang
Ehsan:tongkangbocor.com-TQ


River cruise waktu malam
Ehsan:miss_dya.blogspot.com-TQ






 
Lepas tu, kami teruskan lawatan ke Menara Taming Sari.  Melihat kota Melaka dan sempadan dengan Aceh menerusi menara setinggi 80 meter, memang gayat but yet teruja!


Menara Taming Sari
Ehsan:goldentorch.com.my
 
   
Petugas yang memberi penerangan tentang kawasan sekitar yang dapat dilihat menerusi tingkap menara adalah seorang yang sangat cantik.  Suaranya lembut, kulit tangan dan wajah yang mulus serta lenggok yang penuh sopan dan teratur.  But, he is a MAN! Ada satu kumpulan makcik2 dan anak-anak daranya mentertawakan dia dengan ketawa terbahak-bahak. Ntah apa yang geli hati sangat melihat lelaki berias seperti wanita.

“Semua diminta duduk dengan tenang dan jangan mengumpat”.  Kata petugas itu.

“Hahahahahahaha”. Time ni kami pulak yang terbahak-bahak tergelak.

To be continued……….

Tuesday, July 3, 2012

Cuti-cuti Malaysia Part I: 55

Bersempena cuti sekolah Mei-Jun lepas, saya ajak husband untuk bawa anak-anak berjalan-jalan.  It was the first time after 10 years of marriage and having 3 kids.  Bukan tak pernah jalan-jalan untuk cuti-cuti Malaysia tetapi sebelum ini ia lebih kepada sambil menyelam minum air.  Sambil balik kampung kat Perak, sambil tu ke Zoo Taiping.  Sambil2 family day kat Bukit Merah Laketown/ PD/ Kuantan/ Melaka, sambil2 cuti dengan husband dan anak-anak.
Ia juga bersempena usia perkahwinan kami yang ke-10 pada bulan Mei.

EKali ni kami plan semua dari A to Z.   Bermula dengan booking hotel dengan mengambil kira logistik kedai makan dan tempat2 yang nak dilawati, juga keupayaan suami untuk drive dari rumah ke tempat lawatan.  Oleh kerana ianya mesti dibuat time cuti sekolah, hotel mesti ditempah sebulan lebih awal.  Hotel rate memang melambunglah, but affordable for two days stay.  Biliknya pun, sangat ok!

Ehsan:Eyriqazz.com-TQ

Yang seterusnya penting adalah kolam renang.  A MUST for cuti-cuti.  Budak-budak memang tunggu time nak berendam je lah.  So, swimming pool pun sangat cantik.  Yang bentuk lapan tu, khas untuk Khadijah.  Tinggi air hanya paras betis…sangat sesuai! Saya je tak berendam..geli lah pulak..penuh dengan urine...hahaha..kalau kolam agak-agak besar macam sunway lagoon tu, tergamaklah jugak sbb terasa seperti urine telah diluted!


Ehsan: Agoda.com-TQ


Selain tu, sebab membawa baby yang masih berusia 10 bulan, kami hadkan tempat melawat kepada 3 sahaja.  Risau baby mengamuk sebab panas jalan2!  Lagipun, plan saya sebenarnya nak bersantai-santai dgn baca majalah/ buku, tidur puas-puas, makan-makan dan rileks.
Then, we decided to cuti-cuti @ Melaka.  Ianya 2 jam perjalanan kereta.  Kami memang plan tak nak jauh-jauh sebab husband dah tak sekuat dulu.  Kalau jarak perjalanan dah 350 km (balik Kg. Bukit Merah), sah lah esok husband akan tidur seharian.  Maka, habislah program jalan-jalan kami.
To be continued………


Sunday, July 1, 2012

APC yang Tidak “C”: 54

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang seharusnya melambangkan kecemerlangan, asasnya disiplin MASA dan KERJA. Lagipun, ia adalah majlis untuk meraikan mereka yang cemerlang!
Malang sekali menteri yang merasmikan majlis hanya datang selepas lewat sejam 45 minit!  Malah, selama menunggu ketibaannya, kami ditayangkan dengan video Bersih.  Seperti kebiasaannya, versi yang ditayang adalah berat sebelah.  Terasa seperti saya tersalah masuk majlis!
Tanpa meminta maaf di atas kelewatannya, dengan penuh bangga dan angkuh berucap pula selama 45 minit.  20 minit pertama berucap mengutuk tempat kerja saya dan baki 25 minit berucap tentang politik!  
Kamu menteri-menteri ini seringkali melaung-laungkan agar tidak menggunakan platform pendidikan dan perkhidmatan awam untuk berkempen, namun kamu yang buat!  Kamu ingin menceritakan tentang cemerlang, kamu sendiri yang tidak cemerlang bekerja kerana tidak patuh dengan masa!
Sudah berucap sehingga jam 12 tgh hari, menteri-menteri dijamu dengan coffee break.  Sepatutnya ia dihidangkan pada jam 10.30 am tadi.  Tapi kami ini disuruh tunggu dalam dewan masing-masing untuk upacara penganugerahan!  Mana logiknya kerana kami juga sudah lapar seperti kamu.
Sehingga jam 2.00 petang, barulah siap penganugerahan untuk agensi saya bekerja.  Ada 2 lagi agensi yang belum ke pentas.  Jumlah mereka dalam 300 orang.  Saya bertemu urusetia dan menyatakan ingin solat dan makan.
“Kita tidak akan berhenti selagi semua orang tidak menerima anugerah”.
“Tidak berhenti dulu untuk makan?.  Sekarang telah jam 2.”
“Makan sahaja bekal dalam beg yang kami bagi tu”. (Bekal roti, donut, kerepek dan air kotak).
“Abis tu puan, solat zohor macam mana.  Lewat dah ni.  Dah pukul 2”.
“Nanti solat”.
Wah, solat pun ditangguhkan.  Saya merasa sungguh terkilan.  Allah telah memberi rezeki APC, kamu langsung tidak bersyukur, malah membuat kemungkaran kepada Allah.  Hamba jenis apa kita semua ini?
Saya nekad untuk balik.  Walaupun sesi bergambar dengan semua pemenang APC belum dibuat dan saya telah membayar sebanyak RM 12 untuk gambar itu, namun saya rela muka saya tiada di situ!  Takkan hanya kerana RM 12, solat dilewatkan.  Allah telah memberi RM 1K kerana APC, maka saya tidak akan menjadi hambaNya yang kufur nikmat dengan memberatkan RM 12 itu.
Majlis hanya selesai jam 4.15 pm.  Sudahlah lunch pun tak dapat (catering dah kemas), solat pun jadi solat gajah!  (Kata kawan-kawan yang menunggu sehingga tamat dan mereka telah solat gajah-Astaghfirullah).
Pada saya, ia adalah kufur nikmat yang dibuat terang-terangan tanpa merasa segan silu kepada Allah, dan ia menjadi APC yang TIDAK CEMERLANG langsung!
 Ia adalah kesalahan menteri itu.