Wednesday, December 12, 2012

Status II:86

Ini juga status yang saya teringin juga untuk publish kat FB tetapi demi memikirkan kesan buruk kepada orang-orang yang tidak boleh meraikan pendapat berbeza, saya curahkan di sini.

Janganlah dipolitikkan pendapat Abby Abadi iaitu daripada menghabiskan duit untuk ke Gaza itu (RM 7500), lebih baik didermakan.  Raikanlah pendapat yang berbeza, nescaya kamu temui hikmah di sebaliknya.  Jangan melenting kepada sesiapa yang diberi keizinan oleh Allah untuk ke Gaza.  Jangan dipolitikkan Afdlin Shauki yang telah ke sana.  Barangkali beliau ke sana bukan atas tiket UMNO pun tetapi atas dasar kemanusiaan.  Kemudian, jangan dilibatkan ustaz-ustaz lain yang berada di pentas PAS yang bercakap berdegar-degar (UAI) tentang berjuang untuk Palestin tetapi tidak ke Gaza pun.  Masya Allah, mereka yang dapat pergi, alhamdulillah.  Mereka yang belum diberi rezeki Allah untuk ke sana, jangan dipandang serong dan dipolitikkan.  Hanya Allah yang Maha Mengetahui kenapa mereka belum dapat ke sana. 

Ustaz Hassan Din Al-Hafiz pernah berkata, "Cukuplah menunaikan haji dan umrah sekali seumur hidupmu.  Jika kamu berkemampuan lagi, adalah lebih baik kamu bersedekah RM 5-10 ribu kamu kepada masjid atau surau.  Sesungguhnya itu adalah lebih baik bagimu kerana hanya 3 perkara yang akan menjadi pencenmu di dalam alam barzakh iaitu doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah.  Bersedekah kepada masjid/ surau/ adalah sedekah jariah yang berterusan selagi masjid/ surau itu digunakan oleh orang ramai untuk beribadat/ mengimarahkan rumah Allah.

Yang baik itu daripada Allah.  Bersangka baik lah.

Saturday, December 8, 2012

Status I:85

Banyak perkara yang saya hasrat untuk letak di status FB, tapi banyak juga yang tidak menjadi.

Macam-macam lintasan hati, bimbang itu, risau ini, boleh ke tak boleh...akhirnya, saya letak DI SINI.

Status I

Dia menasihatkan saya, "simpanlah duit, bersalin kat hospital swasta, senang".  Hendak sahaja saya katakan kepada dia, "Saya bukan tiada duit untuk bersalin di hospital swasta tetapi saya tidak perlu membazir ribu-ribu untuk bersalin dan hospital kerajaan (baca: Hospital Putrajaya) pun is just great and good.  Bukan seperti dia yang berlagak pegawai besar (baca:bukan pegawai pun, hanya kakitangan sokongan) dan bersalin di hospital swasta terkemuka sehingga emak mertua terpaksa membantu anak lelakinya membayar kos RM 8 ribu untuk kos bersalin dia.  Dia pula dengan megah bercerita kepada semua orang, kos bersalin adalah hasil simpanannya dan dia pula hendak menasihatkan saya untuk menyimpan duit?." Huh, orang jenis ini pun ada ye.

Status ini memang TIDAK BOLEH.  Ia dipenuhi kegeraman.  Tapi, memang saya geram dan saya mahu dia hentikan perangai berlagak tidak kena tempat dia tu.

Kata seorang pakar kewangan US (baca:kebetulan tertonton rancangan beliau tentang pengurusan belanjawan keluarga/diri), seseorang yang mempunyai simpanan 3 bulan gajinya adalah orang yang kukuh/ stabil kedudukan kewangannya. 

Saya dengan syukur kepada Allah mempunyai simpanan itu, hasil daripada usaha berjimat cermat dan mengambil panduan pakar kewangan tersebut.

Ingin saya tanya padanya, dia ada ke simpanan sebulan gaji?

Tak lama lagi dia akan bersalin lagi.  Hmmm, adakah duit mak mertuanya lagi akan terkorban?

Duit bantuan sebelum ni pun saya pasti belum berbayar.

Ukurlah baju di badan sendiri. Saya memang tidak boleh tahan dengan orang sebegini. Dalam kes ini, dia!

Wednesday, December 5, 2012

Sokong:84

Saya bukan kaki sukan semenjak berkahwin.

Dahulu saya kaki sukan lumba kereta, sehingga Wayne Rainey parah lumpuh pun saya ambil tahu.

Dahulu juga saya kaki sukan badminton.  Satu buku skrap tebal padat dengan semua kejohanan badminton saya kumpulkan.  Semua perlawanan di TV saya tonton dan semua pemain sehingga anak pinak mereka dan harta kekayaan mereka hasil mewakili negara dan memenangi pertandingan pun saya tahu.

Itu dahulu lah.

Sekarang tidak lagi kerana suami saya SANGAT tidak minat sukan!

Saya menjadi tiada geng untuk berseronok tentang berita sukan. 

Baru-baru ini semasa Malaysia lawan Singapura dan kalah 3-0 dalam Piala AFF Suzuki? (harap betul), suami saya mengeluarkan kenyataan pedas.  Kemudian bila Malaysia menang 2-0 lawan Indonesia bagi piala yang sama, suami saya bidas juga.

Haih...

Namun sekurang-kurangnya suami saya pendapatnya SATU, tidak berbolak balik.

Semasa kalah lawan Singapura, kebanyakan status di FB:

"Gaji mahal mengalahkan Surgeon, main macam hapa".

"Penat je tengok, main macam harem". ~penat ke tengok?  Rasanya pemain lagi penat.

Semasa menang lawan Indonesia, kebanyakan status di FB:

"Terbaik Harimau Malaya, salute!"

"Saya memang menyokong negara saya, ok".

Hipokrit.

Tuesday, November 27, 2012

Ajak Paksa Rela:83

Saya mengajak anak-anak saya mencintai Al-Quran. 

Saya mengajak mereka untuk menghafalnya.

Saya mengajak mereka untuk memahaminya.

Ia semata-mata kerana Allah dan saya mahukan anak-anak saya menjadi al-haafizh dan al-haafizhah.  Ia semata-mata untuk mendapatkan ganjaran/ fadhilat orang yang menghafaz al-Quran untuk membawa 10 orang ahli keluarganya yang telah disahkan hukuman ke neraka untuk masuk ke syurga, dengan rahmat Allah.

Sasaran saya bahawa dengan ketiga-tiga anak menjadi al-haafizh dan al-hafiizhah, In Sya Allah sekurang-kurangnya 30 orang ahli keluarga kami dapat sama-sama berkumpul di syurga Allah sebagaimana Allah mengumpulkan kami semua sebagai sebuah keluarga di dunia.

Masya Allah, ianya tugas yang berat dan berliku, namun dengan rahmat Allah, saya yakin ia boleh berlaku.

Kem Hafal Quran selama sebulan sempena cuti sekolah ini telah saya gunakan sebaik mungkin untuk 2 anak yang telah boleh/ pandai membaca al-quran.

Saya ajak, kadang-kadang datang mood malas mereka, terpaksa saya paksa dan lama-lama mereka akan rela dan seronok dengan sendirinya.  Saya percaya dengan keajaiban al-Quran yang sangat mujarab dalam melembutkan hati dan sentiasa menenangkan.

Saya turut mengajak rakan-rakan untuk anak-anak mereka turut serta hadir di dalam program yang baik ini.  Rata-rata jawapan mereka mengecewakan saya.

"Tengoklah macam mana.  Nak kena tanya anak-anak dulu, nak ke tak nak.  Kalau tak nak, tak boleh buat apa juga kan".

"Lama sangat sebulan tu, kalau 2 minggu ok jugak, kata anak akak tu".

"Diorang tak nak, bila bagitau saja, tunjuk muka tak minat.  Nak duduk rumah saja".

Masya Allah, fikir saya, di sini siapa ibu siapa anak?  Siapa patut didik siapa? 

Kalau kita sebagai ibu yang masih menjaga anak di bawah tanggungjawab kita (belum berkahwin), maka wajarkah berkata demikian dan memberi kebebasan kepada anak untuk menentukan apa yang mereka mahu buat walaupun hanya duduk melepak sepanjang 1 bulan setengah cuti sekolah dengan menonton TV dan bermain PS2?

Pada saya, jika dia pasti jawapan yang dia berikan nanti diterima Allah di akhirat sana apabila ditanya tentang tanggungjawab yang dia tidak mampu/ boleh galas dan sempurnakan, tidak mengapalah. 

Teruslah bertanya anak apa yang mereka MAHU buat dan ikutkan sahaja berbanding dia menentukan apa yang mereka PERLU buat.

Nauzubillahiminzalik.

Sunday, November 25, 2012

Sheikh Ahmad Yasin:82


Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para Pemuda dan Pemudi :

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Para Pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda. 


Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

 

Friday, November 23, 2012

Bengkak: 81

Hidayah Allah ini datang daripada pelbagai cara.  Kadang-kadang kita sendiri tidak merasakan ianya hidayah daripada Allah yang sentiasa sayangkan hambaNya dan inginkan yang terbaik buat semua makhluk ciptaanNya.

Ramai orang belum terbuka hatinya untuk menutup aurat.  Kalau diajak,

"Ingat yang pakai tudung tu baik sangat?  Kadang perangai lebih teruk".

Ingin sahaja dikatakan,

"Tetapi kamu yang tidak memakai tudung (tidak menutup aurat) adalah lebih tidak baik kerana melanggar perintah Allah".

Suara tersekat di kerongkong.

Lalu Allah mendatangkan bengkak di leher (swelling thyroid gland).

Sekarang telah pun memakai tudung.

"Dapat tutup leher yang bengkak ni pun jadilah (memberi justifikasi kenapa memakai tudung)."

Masya Allah, begitu mahal harga sebuah hidayah Allah.  Didatangkan kesakitan leher yang bengkak semata-mata untuk memberi sebab hambaNya menutup aurat.

Fikir saya, kalau tidak diberikan bengkak di leher, belum tahu lagi lah bila masanya untuk menutup aurat. 

Semoga dia sedar bahawa Allah tidak menjadikan/mengizinkan sesuatu itu terjadi (bengkak leher) dengan sia-sia, namun ada didikan (menutup aurat) yang Allah ingin berikan.  Maha Suci Allah daripada melakukan sesuatu dengan sia-sia.

Wednesday, November 21, 2012

Halal:80


Sahabat sepejabat ingin menunaikan umrah pada Januari 2013 nanti.  Alhamdulillah, berkat menabung beliau dan suami bakal menjejakkan kaki untuk beribadat di Mekah dan Madinah.

Urusan untuk ke sana memerlukan passport.

“Tolong saya print gambar saya dan suami ni (sambil beliau mengunjukkan thumbdrive berisi gambar IC beliau dan suami kepada staf yang mengurus kerja-kerja percetakan di pejabat).

Staf tadi mengambil thumbdrive itu tanpa banyak tanya.

“Printlah penuh kertas A4, penuhkan kertas tu, nanti membazir.  Print je, lain kali tak perlu print lagi.  Nak pakai 4 sahaja”.

Saya hanya mendengar dan saya pun memang sedang berurusan dengan staf tersebut.

Mulutnya ringan bercerita bahawa beliau perlukan gambar tersebut untuk membuat passport bagi tujuan menunaikan umrah.

Saya juga bersembang sedikit sebanyak, meraikan perasaan terujanya. 

Dalam hati berkata, “hendak menunaikan umrah, amalan yang mulia dan sangat baik tetapi menggunakan pejabat punya printer untuk print gambar?”. 

Saya sedikit kesal, namun saya diamkan sahaja.

Petang itu, sahabat saya ini menelefon saya.

“Rupa-rupanya gambar passport mesti 70% muka ye dan berlatar belakang putih.  Gambar saya tadi tak valid lah sebab latar belakang biru (untuk IC).”

“Ye ke? Saya pun dah lupa”.  Balas saya.

“Takpe lah, saya akan ke kedai gambar untuk ambil gambar baru”.

Saya mengucapkan syukur.  Bahawa Allah amat sayangkan hambaNya telah memastikan segala harta bagi tujuan umrah yang bakal beliau laksanakan adalah halal dan baik.

Alhamdulillah hirobbil aalamin.

Thursday, November 1, 2012

Macam-macam ada: 79

Lama saya tidak apdet apa-apa cerita, sehingga blog saya dilabelkan sebagai Less Active.  Sedih juga. 

Tidak multitasking nye saya!
Tidak manage time dengan baiknye saya!
Tidak rajinnya saya!

Ye, salahkan diri sendiri, do not blame other people.

Banyak nak cerita sebenarnya, namun seringkali juga banyak keje ad-hoc and urgent yang menyebabkan cerita-cerita tertangguh.  Kawan saya Eiwa kata,

"wah, iron lady kau!" 
"Takde maknenye Iron lady, kuli cenggini lah." Balas saya.

Namun saya bersyukur kerana diberi rezeki oleh Allah dan keizinan suami kepada saya untuk keluar mencari rezeki kami sekeluarga.

Masih ramai di luar sana yang masih belum bekerja.

Kisah 1.

Curang I dan II tidak mahu saya teruskan walaupun rentetannya masih ada.  Ia juga menyebabkan saya dalam sedikit stress sebulan-dua ini kerana yang terlibat adalah dia. 

Sukar sekali untuk saya menjadi 'baik' atau 'neutral' atau berlagak 'profesional' atau 'macam tiada apa-apa berlaku' kalau kesnye sebegini berat.  Saya kehilangan kata-kata dan 'mood'.

Balik dari mesyuarat di Langkawi, saya ingatkan kes itu selesai dan 'sealed', tapi nampaknya telah terbuka semula dan semakin teruk.

Ia memang ujian maha berat buat dia, namun kerosakan yang berlaku adalah di atas tangan manusia-manusia itu sendiri.  Sometimes I wish to say, "serve you right!"

Kisah 2.

Bila bermesyuarat selama 3 hari bagi keseluruhan staf seMalaysia (fobia nak tulis satu Malaysia, hehehe), masa tu lah dapat gather-gather, sembang-sembang and ofkos gosipping, masya Allah.  Masa bekerja, memang tak de masa citer hal lain.  Kiranya kalau tak MC, bekerja tanpa henti.

Macam-macam cerita keluar.  Banyaknya yang 'nauzubillahiminzaalik".

Bahawa telah begitu ramai manusia Islam yang meninggalkan agama dan tidak takutkan Allah.

Satu kes yang sangat signifikan adalah isteri mencari lelaki lain kerana suaminya tidak ada projek buat bangunan, itupun baru 3 bulan!

Saya menggaru kepala yang tidak gatal.

Ia memang benar-benar menakutkan saya dan Allah telah menyelamatkan saya dahulu, bahawa kerana itu saya masih berkeluarga dan saya sangat-sangat mensyukurinya.

Semoga Allah memberi hidayah kepada dia.

Kisah 3.

Saya tidak membuat qurban pada tahun ini dan saya merasa menyesal.

Akaun kami kekurangan duit kerana membayar sejumlah wang yang agak besar untuk menukar pinjaman perumahan konvensional kepada Islamik.  Sepuluh tahun lepas sukar sekali untuk ada bank yang menawarkan pinjaman perumahan Islamik seperti al-mudharabah etc.

So, bila dah ada peluang dan jalan, kami pun menukar loan tersebut maka bayaran pun dikenakan.  Kata Ustaz Dr Zaharudin, akan ada bayaran bagi menukar loan konvensional kepada Islamik, maka anggaplah bayaran itu sebagai suatu denda/ membayar kepada pinjaman kita yang tidak Islamik dahulu (seperti kaffarah).  Kami redha dan kami lakukannya.

Cuma, pada pagi raya, Tanyalah Ustaz@TV9 kata,

Tidak bolehkah kita berqurban kerana Allah, setahun sekali sahaja.  Bukannya mahal pun, hanya RM 34/bulan atau RM 1.13 sehari duit yang perlu dikumpulkan sehingga setahun jika mengambil kira satu bahagian lembu untuk dikorbankan (RM 400)?.

Saya merasa menyesal pula.  Betul benar, bukannya banyak pun untuk saving kerana Allah ini. 

Memang benar duit dalam kami telah kurang (standby for emergency sahaja), tapi, kan ada duit dalam akaun anak-anak yang sebenarnya kami juga isi setiap bulan?

Ya Allah, ampunkan kami dan panjangkan usia kami untuk melaksanakan qurban kerana Mu pada tahun hadapan.



Tuesday, October 9, 2012

Curang II: 78

Edisi Tambah baik (edited)

Kisahnya semakin menarik.

Terkini beritanya mereka telah berkahwin di sempadan.  Masya Allah.

Berita buruknya ialah mereka berkahwin dua tahun yang lepas. 

Berita baiknya dia belum lagi sakit buatan orang. "Pregnant"

Saya menggelengkan kepala sahaja lah.  Speechless.

Bersembang dengan seorang rakan lain, saya mengambil sikap 'redha'.  Sahabat saya ini mengungkap dengan jelas bahawa perkara curang ini adalah UJIAN dia yang Allah berikan kepadanya.  Dia mampu, maka Allah mengujinya begitu.  Ujian hidupnya sebagai kekasih gelap selama 2 tahun dan mengalah dalam banyak perkara kerana perkahwinan yang belum 'declare'.

Ia kedengaran betul dan benar.  Siapalah kita untuk mempertikaikan kejadian Allah yang merupakan ujian kepada si empunya badan?  Katanya sahabat itu lagi, kita ada anak perempuan, so don't talk about other people, dibimbangi anak dara kita pula terjebak dengan suami orang.  Nauzubillah!

Orang mengata lagi, mesti isteri pertama telah tahu.  Apabila semua orang telah tahu, pasti isteri pertama akan dihentam.  Saya tanya kenapa dihentam pula?

Jawapannya adalah berbaur batu api.  Penat-penat menjaga anak orang untuk menampung kewangan keluarga, tetapi suami buat perangai dan kahwin lagi satu.  Ia juga kedengaran benar namun saya katakan kepada orang yang mengata,

"Kalau isterinya dah tau, dan takde pula adegan serang-menyerang, tandanya isteri itu redha dan mengharap payung emas di syurga nanti".

Saya lega menyatakan demikian.

Tetapi, mereka yang lebih sudu dari kuah ini berkata macam-macam.

"Kasihan isterinya, mesti sakit hati".
"Walaupun redha, hatinya mesti sakit".
"Isterinya punya cantik, kulit putih.  Tak macam isteri kedua ini".
"Redha tu ye lah, tapi hatinya tu macam mana.  Memang lah dapat payung emas.  Mesti sakit hati sangat".
"Langsung tak respek pada dia dah". (penuh emosi menyampah).

Ingin saja saya katakan kepada mereka,

"Kamu berdua masih anak dara, maka berhati-hatilah menghukum orang.  Nanti jangan Allah timpakan ujian ini ke atas kamu.  Kamu pula ada anak dara, maka berpada-padalah bencinya, nanti esok Allah pulangkan batu buah keras atas keceluparan dan kebencian kamu yang melebih-lebih itu.  Isteri pertama itu telah redha dan sudah tahu ganjaran payung emas yang akan dia dapat di syurga nanti.  Kamu semua yang mengata bagai nak rak ini tahu kah apa ganjaran yang kamu akan dapat di akhirat nanti, neraka atau syurga?"

Saya memohon keampunan mu ya Allah atas justifikasi saya pada insiden ini.

Pada dia, semoga hatinya terus kuat menahan tohmahan orang dan cepat-cepatlah mendaftar perkahwinan di sini, bimbang nanti apabila anak telah keluar, tiada surat beranak dapat dikeluarkan kerana tiada sijil nikah dapat membuktikan.  Jangan nanti anak itu menjadi ANAK TIDAK SAH TARAF!

Seperti tulisan saya sebelum ini, apa-apa pun tindakan yang hendak diambil, mintalah petunjuk Allah.  Allah Maha Bijak.  Jika masalah belum berkahwin adalah besar, tetapkan di dalam hati bahawa kamu ada Allah yang MAHA BESAR.

Friday, October 5, 2012

Curang: 77


Ianya topik yang tidak pernah hilang dari berita kehidupan.  Ianya tidak jemu-jemu hadir untuk dikisahkan.  Saya juga ada satu kisah curang yang saya fikir perlu diteladani.

Pada saya, atas alasan apa sekalipun seseorang itu bermain cinta dengan suami/ isteri orang, ia adalah TIDAK BAIK dan perlu DIHENTIKAN.

Dia tua setahun daripada saya namun masih belum berumahtangga.  Rata-rata sahabat yang lain telah mempunyai 2-3 orang anak sedangkan dia masih belum ada tanda-tanda untuk berkahwin.

Barangkali merasa sedih dan malu dengan status  ‘anak dara tua’, dia mengambil keputusan untuk bercinta dengan sesiapa sahaja walaupun dengan suami orang.

Barangkali merasa kesunyian, dia mengambil keputusan untuk bercinta dengan sesiapa sahaja walaupun dengan suami orang.

Barangkali merasa rimas dengan soalan orang/ saudara mara/ keluarga bila hendak berkahwin, dia mengambil keputusan untuk bercinta dengan sesiapa sahaja walaupun dengan suami orang.

Barangkali merasa bosan duduk bersendirian dengan wang ringgit yang melimpah, dia mengambil keputusan untuk bercinta dengan sesiapa sahaja walaupun dengan suami orang.

Barangkali merasa perlunya seorang lelaki di dalam hidupnya, dia mengambil keputusan untuk bercinta dengan sesiapa sahaja walaupun dengan suami orang.
Barangkali sahabat saya berniat untuk mempunyai teman hidup, sekadar itu sahaja, tidak perlu nafkah zahir kerana dia telah sangat mampu. Namun, saya sangat sangsi.
 
Semuanya BARANGKALI.  Hanya dia sahajalah yang tahu apa justifikasi dirinya menyebabkan suami orang itu curang terhadap isterinya.
Atas apa sekalipun alasannya, saya tidak bersetuju dengan jalan yang dia pilih.

Sekarang ini dia membelanjakan sebahagian besar gajinya untuk suami orang itu, berkebetulan pula lelaki itu gajinya jauh lebih rendah daripada gaji sahabat saya itu dan anak pula ramai.

Sekarang ini suami orang itu belum menjadi miliknya yang sah dan logiknya pada semua pasangan bercinta, SEGALANYA BOLEH dan MAHU DIKONGSI.  Tunggu sahaja selepas berkahwin, silap haribulan gaji U, gaji I, gaji I, gaji I. 

Tambahan pula dia telah melabur sekian banyak kepada suami orang itu, saya merasa lebih sangsi jika dia boleh berdiam diri sahaja selepas berkahwin tanpa mendapat layanan sewajarnya seperti layanan yang dia dapat sekarang sebagai seorang kekasih gelap.

Pada masa itu, akan ada ungkit-mengungkit bahawa setelah sekian banyak telah ditaburkan kesenangan dan kemudahan, selepas berkahwin ini takkan tidak boleh meluangkan masa dengannya.  Sudahlah semasa menjadi kekasih gelap, semuanya menjadi biarlah rahsia.  Kemuncak kepada perkahwinan curang inilah yang nanti jika suami orang ini inginkan anak dara, maka ditinggalkan isteri yang telah sekian lama berkorban sama susah sama senang.
Saya bukanlah orang yang sesuai untuk memberi nasihat kepada sesiapa yang berada di dalam situasi ini kerana saya bukan anak dara tua.  Ia akan menjadi tempelak mereka yang terjebak kerana mereka akan mengatakan yang saya bertuah dan tidak merasai apa yang mereka rasa.

Pada saya, berfikirlah dalam-dalam.  Mintalah petunjuk daripada Allah apakah yang terbaik dalam hidup kamu.  Jika kamu kata suami orang itu kamu sukai kerana agamanya, bercinta senyap-senyap di belakang isteri dan anak-anaknya itu adalah kecurangan dan berdosa.  Di mana suami orang itu meletakkan agamanya ketika dia menyambut cinta kamu yang mungkin TERDESAK itu.
Cinta itu TANGGUNGJAWAB.  Mana mungkin kamu kata kamu cinta, tetapi kamu tidak mampu bertanggungjawab!

Astaghfirullahal Azeem............

Thursday, September 20, 2012

Dialog hati:76

Biasa bagi saya hati yang berkecamuk, mempertikai itu dan ini.

Sebagai contoh pada hari Khamis, pasti dialog hati ini terjadi.

Hati malas berkata,

"Tak yah la puasa, kan dah habis ganti".

Hati baik kata,

"Apalah salahnya puasa sunat, boleh dapat pahala".

Hati malas berkata lagi,

"Alaa, minggu depan pun boleh buat.  Esok ada seminar, mesti makan best".

Hati baik kata pula,

"Betul juga tapi kalau ke seminar tapi tak payah makan, cepat boleh balik ofis buat keje yang menimbun, sebab kalau dah makan, mesti menyembang.  Paling cepat habis pun setengah jam...".

Hati malas menyogok hasutan lagi,

"Minggu depan buat lah sekaligus, Isnin dan Khamis".

Hati baik perlu berkeras,

"Saya mesti berpuasa sunat untuk menambah pahala buat bekalan ke Syurga!".

Alhamdulillah saya berpuasa sunat hari ini.  Terima kasih Allah kerana membantu saya mengamalkan amalan soleh dan memberi kekuatan melawan nafsu.

Wednesday, September 19, 2012

Dakwah: 75

Pada pandangan saya, ianya satu tugas yang berat.  Berat apabila kita perlu memberitahu seseorang tentang kesilapannya ataupun dengan tujuan ingin menyampaikan ilmu Allah walaupun satu ayat.

Setakat ini, banyak ketikanya saya hanya berdakwah melalui tingkahlaku/ sikap/ perangai/ akhlak yang 'baik'.  Saya harap ianya benar-benar baik sehingga orang bukan Islam boleh tertarik kepada Islam.

Dan kebanyakan masanya pun, akhlak Rasulullah adalah penyebab ramainya orang kafir memeluk Islam kan.

Mengingatkan kata-kata ustaz bahawa membawa orang Islam 'kembali' kepada ajaran Islam adalah LEBIH BESAR pahalanya berbanding membawa orang kafir kepada Islam, menyebabkan kepala yang tidak gatal pun menjadi gatal.  Tergaru-garu dan termangu-mangu.

Saya terkilan dengan diri saya sendiri, lemah betul untuk menegur sahabat sekerja yang sangat baik tentang satu kenyataannya.  Demi Allah, dia sahabat yang baik.  Maka dengan itu, kelemahan saya menegurnya membuatkan saya terfikir-fikir, lama begini.

Ditegur barangkali membawa kesan yang baik, mungkin juga tidak baik sebab saya ini belum 'sempurna'.  Bimbang dinilai 'macam bagus' pun iya juga. Aih, bimbang justifikasi orang, bagaimana pula justifikasi Allah?

Selalunya hati kecil menenangkan dengan berkata,
"Benci lah dengan hati, bahawa itu juga iman.  Namun ia adalah selemah-lemah iman".

Sampai bilalah iman ini hendak kuat jika sering disogok dengan kata-kata hati kecil begitu?  Bila pula hati besar ingin berkata-kata?

Peristiwa ini berlaku semasa bulan Ramadhan yang lepas.  Dalam sibuk-sibuk orang membuat persiapan dengan menempah kuih, baju dan lain-lain, beliau menjual tudung rakannya rekaan Pearl Haiya.  Ia tudung yang cantik dan moden namun ia tidak memenuhi spesifikasi saya (menutup dada) di samping harganya yang sangat mahal (pada perkiraan saya ye).  Lalu dalam promosinya kepada saya dan rakan-rakan lain, terutama sekali kepada saya, beliau dengan bersahaja menyatakan,

"Tudung ni sangat sesuai dengan awak, cantik dan mengikut syarak!"

Saya terkesima.

Kenyataan sahabat saya itu kedengaran kelakar dan menghiburkan semua orang yang mendengarnya, namun ia adalah tidak tepat.

Tudung itu hanya menutup pangkal dada atau menutup pandangan depan dada namun bila dari pandangan sisi, ia tetap menampakkan perhiasan wanita yang Allah beratkan untuk dijaga.

"Bahawa labuhkan lah tudungmu agar menutup perhiasan pada dirimu dan sesungguhnya ia menandakan kamu daripada golongan yang baik-baik".

Masya Allah.  Ia menjaga maruah dan melambangkan seseorang itu daripada golongan yang baik-baik. 

Ingin saya katakan padanya, namun suara itu tersekat di kerongkong dan berlegar-legar dalam hati dan kepala sahaja.

"Kak, kalaulah akak tau bahawa tanda aras (benchmark) menutup aurat itu adalah dengannya akak boleh terus menunaikan solat, tidak perlu lagi mencari-cari telekung solat ketika ingin bersolat?".

Beliau pula setelah diperkenalkan dengan tudung jenama ini telah mula memakai bonggol (sanggul tiruan) kerana tudung jenama ini yangbertingkat-tingkat hanya akan kelihatan cantik bila digoyang-goyangkan kepala, terbuai-buai 'skirting' nya. 

Masya Allah.  Ia perkara kedua yang tidak mampu juga untuk ditegur.

"Kurniakanlah kekuatan buat semua hambaMu Ya Allah untuk melaksanakan ketaatan kepadaMu.  Makbulkan hajatku dan makbulkan lah hajat mereka".




Wednesday, September 12, 2012

4 soalan: 74

Kuliah semalam berkenaan Percaya dengan Hari Kiamat.

Bahawa apabila semua manusia dibangkitkan, dengan kaki terpasak ke dalam bumi (tidak bergerak), 4 soalan akan Allah SWT tanya kepada semua semasa di Mahsyar.  Tidak akan dapat bergerak ke mana-mana selagi soalan-soalan ini tidak dapat dijawab.  Secara jujurnya, saya menggeletar mendengar huraian ustaz dan saya juga tidak mempunyai jawapan terbaik untuk setiap soalan Allah SWT ini agar syurga menjadi ganjarannya. 

1) Di manakah/ bagaimanakah kamu menghabiskan usiamu?

Setelah Allah SWT memberi kurniaNya seperti umur yang panjang, kesihatan yang baik dll kenikmatan, maka bagaimanakah pengisian dan bekalan buat hari kemudian iaitu di akhirat?  Mulut akan terkunci kerana Allah SWT mengetahui bahawa mulut akan tetap berbohong walaupun di padang Mahsyar.  Oleh itu, segala perbuatan dan tingkahlaku kita disaksikan oleh semua anggota kecuali mulut, maka semua anggota itulah yang akan menjawab segala pertanyaan Allah SWT.

Motivasikan diri dengan pesanan di bawah,

"Usah besarkan tidur.  Sibukkan dirimu dengan amal ibadat/ mencari ilmu Allah/ berbuat kebajikan agar nanti kematian kamu adalah kerehatan yang sebenar-benarnya dari kesibukan dunia (tidak diseksa di dalam kubur) dan di padang mahsyar nanti kita tidak disibuk-sibukkan lagi untuk mencari pahala".
-----credit to Ustaz Hasrizal and Prof Kamil.

2) Di manakah/ bagaimanakah usia REMAJA kita dihabiskan?

3) Di manakah/ bagaimanakah harta kamu perolehi dan belanjakan?

4) Adakah kamu amalkan apa yang kamu tahu?

Diriwayatkan bahawa Abu Huraira' pengsan tatkala mendengar soalan ke -4 kerana kita banyak sekali tahu tapi sedikit sekali mengamalkannya.

Semoga bermanfaat dan menjadi usaha yang berpahala sehingga kiamat.

Pengajian hadith; Ustaz Husnul Nizam

Friday, September 7, 2012

Harta Emak Ayah: 73

Kerana harta, keluarga berpecah belah sebab bergaduh sepanjang hayat.

Pada saya, mereka yang berebut harta yang bukan hak mereka ini adalah orang yang TIDAK INGAT MATI.

Mereka juga tidak yakin dengan adanya hari akhirat di mana semua kesalahan yang dilakukan akan dipertanggungjawabkan.  Di sana nanti, kebaikan kita tidak dipersoalkan lagi, kerana jika ia banyak melebihi yang buruk, dengan rahmat ALLAH syurga adalah ganjarannya.  Apa yang dipersoal adalah salah silap dan dosa.  Ia bagi memberi pengadilan/ hukuman bagi sesiapa yang dizalimi semasa di dunia. 

Begitu juga dengan harta.  Sesiapa yang mengambil harta yang bukan haknya, itu yang akan Allah kira agar mereka yang teraniaya akan terbela.  Bukanlah untuk mendapat kembali harta yang dirampas semasa di dunia, tetapi mungkin mendapat balasan syurga kerana bersabar.  Mereka yang bersalah mendapat hukuman setimpal dan maha adil daripada Allah.

Kisah harta ini banyak sekali diceritakan.  Antara lain adalah kisah popular iaitu satu jenazah yang dibawa melintasi Rasulullah menjerit-jerit yang mana pada ketika itu Rasulullah diberi izin oleh Allah untuk mendengarnya.

Lalu Rasulullah bersabda,

"Sesungguhnya jenazah tadi menjerit-jerit meminta Allah kembalikan semula dia ke dunia.  Adakah kamu ingin tahu apa yang dia ingin lakukan jika Allah hidupkan dia kembali?"

Jawab sahabat, "Ya Rasulullah, khabarkan kepada kami."

"Jenazah tadi ingin kembali untuk mensedekahkan harta-hartanya kepada mereka yang memerlukan.  Sesungguhnya harta yang banyak itu jika tidak disedekahkan adalah tidak berguna dan tidak dapat membantu kamu sedikit pun apabila kamu mati."

Benar sekali, hanya sedekah jariah akan memberikan pahala berterusan walaupun penderma itu telah meninggal dunia.

Kes 1

Emak saya bakal mendapat durian runtuh.  Beliau mula menyebut-nyebut untuk mendapatkan saya seorang 'maid' bagi meringankan kerja-kerja saya di rumah.  Kos untuk mendapatkannya adalah lebih kurang RM 7K.

Saya katakan pada emak,

" Itu duit pusaka atuk untuk mak.  Duit mak untuk belanja diri mak.  You can do whatever you want to do with the money, but please it is all for you, ok".

Pada saya, itu harta mak jadi suka hati mak lah nak belanja ke mana pun.  Saya jadi geram bila ada anak-anak yang sibuk-sibuk atau terlebih pandai mengatur duit pencen/ harta pusaka atuk dan nenek yang jatuh ke tangan emak dan ayahnya.

Kes 2

Arwah bapa mertua saya agak berada kerana mempunyai tanah yang banyak seperti tanah sawah, tanah getah, kebun buah-buahan dan macam-macam tanah lagi.

Ia menjadi rebutan adik beradiknya sedangkan abah mempunyai anak-anak.  Adik beradik abah langsung tidak berhak kerana abah mempunyai 5 orang lelaki dan 2 orang anak perempuan.  Namun, ada suara-suara yang tidak sedap didengari di kalangan adik beradik abah.

" Tu apalah salah dia dah buat, sampai mati pun merata, tak mati di kampung."

Masya Allah.  Abah meninggal di rumah anak sulungnya. 

Ingin saja saya katakan kepada makcik itu,

"Makcik tau ke mati di mana dan bila masanya?.  Kalau orang mati di Mekah dan Madinah, tidak mati di kampungnya Malaysia, bagaimana?".

Itu semua gara-gara harta yang tidak dapat dimiliki.  Astaghfirullahal azeem.

Tuesday, September 4, 2012

Qada’ puasa: 72

Topik hangat di kalangan wanita semasa  Syawal ni adalah qada’ puasa.  Persoalan sepanjang tahun adalah boleh atau tidak ganti puasa bersekali dengan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal?
Adapun terdapat khilaf ulama’ dalam hal ini dan yang tersohornya adalah 3.
Pertama: Ganti puasa (qada’) dahulu, kemudian puasa sunat 6 hari.  Ia berdasarkan dalil daripada hadith Rasulullah “ Barangsiapa yang berpuasa penuh semasa di bulan Ramadhan, dan kemudian berpuasa 6 hari semasa Syawal, akan mendapat pahala sepertimana dia berpuasa selama setahun”. 
Berpuasa penuh itu bermakna qada’ kan dahulu.
Kedua: Puasa sunat 6 hari di dalam Syawal dahulu kemudian qada’ puasa.  Ia berdasarkan hadith yang menyatakan bahawa Siti Aisyah isteri Rasulullah hanya sempat menggantikan puasa semasa  Syaaban tahun berikutnya, iaitu hampir-hampir kepada masuknya Ramadhon pada  tahun itu .
Sebagaimana yang kita ketahui, Rasulullah adalah ketua Negara dan isterinya Aisyah bolehlah diangkat sebagai First Lady.  Kesibukan beliau menyebabkan qada’ puasa tertangguh sehingga ke Syaaban tahun berikutnya. 

Oleh itu, dibolehkan berpuasa sunat dahulu demi mengejar pahala puasa sunat 6 dan meng qada' puasa di kemudian waktu. 

Namun, ustaz juga menambah bahawa kita tidaklah sesibuk itu sehingga tidak dapat untuk puasa sunat dan ganti di dalam bulan Syawal. 

Ketiga: Puasa qada’ pada bulan Syawal ini, mudah-mudahan ia mendapat pahala bersekali dengan puasa sunat yang 6 hari itu.  Namun, niat tetap dengan niat qada' puasa.
Kuliah Ustaz Farid: 030912
Saya mengambil khilaf yang ketiga dan telah mengamalkannya sejak saya mula mengqada’ puasa.  Ini kerana khilaf pertama itu sukar untuk dipenuhi.  Jika mengqada’ dahulu, alamatnya sehingga bilalah saya akan dapat berpuasa 6?
Saya juga tidak mengambil khilaf kedua kerana saya berpegang akan panduan bahawa perkara wajib mengatasi perkara sunat.  Dahulukan yang wajib, maka kemudian lakukan yang sunat.  Sebagai contoh, dalam bulan Ramadhon pahala bersedekah amatlah besar.  Persoalannya jika ada berhutang dengan tukang jahit baju raya, macam mana dengan kita ingin bersedekah?  Bolehkah bersedekah?

Ustaz Dr Zaharudin menegaskan bahawa yang wajib mengatasi/ diberati daripada yang sunat.  Bayar hutang baju raya, kemudian bersedekah kerana bayar hutang itu wajib manakala bersedekah adalah sunat.  Kecuali lah tailor telah redha untuk menerima bayaran selepas raya (2 atau 3 kali bayar kerana terlampau mahal upah baju tersebut).
Semoga bermanfaat.

Saturday, August 11, 2012

Bersih hati:71

Telah diberitakan oleh Rasulullah  S.A.W bahawa syaitan akan datang dari kanan, kiri, atas, bawah, depan dan belakang, dalam mencapai matlamatnya menggoda manusia.

Paling utama adalah menggoda hati manusia kerana Rasulullah juga pernah bersabda bahawa dalam diri seseorang itu ada seketul daging.  Jika daging itu baik, maka baik lah keseluruhan badan atau diri orang itu, jika buruk daging itu, maka buruklah pula diri orang itu.  Dan seketul daging itulah HATI.

Cukuplah terdetik di dalam hati itu perasaan hebat/ ujub/ sombong, maka dengan sifat itulah syaitan tercampak keluar daripada syurga.  Maka saya amat takut jika perasaan itu terjelma di hati.

Untuk permulaan ini, saya merasakan perlu sekali sekala saya membawa kereta lama suami ke tempat kerja, bahawa dengannya hati saya akan merendah ke tempat yang betul.

Saya tidak mampu untuk mencontohi seorang ulama besar di Tanah Arab yang merendahkan hati dan dirinya dengan membasuh tandas masjid. 

Cerita ini saya dengar di TV Al-Hijrah bahawa seorang ulama/ tok guru telah disanjung dan dipuja akan kehebatannya di medan ilmu dengan pujian yang melambung.  Sehingga suatu hari, selesai sahaja kuliah agama, beliau diserbu oleh anak murid dan orang awam yang mengkaguminya sambil nama beliau dijerit-jeritkan.  Keadaan seperti histeria, mungkin seperti histeria Justin Bieber...hehehe..(baca: saya bukan peminat Bieber tetapi saya ada cerita menarik tentang beliau).

Diceritakan juga keretanya diangkat oleh pengikutnya dan terdetik di dalam hati beliau akan kehebatan yang dimilikinya.  Segera beristighfar, lalu beliau meminta pemandunya menghantarnya ke sebuah masjid yang lain dan beliau meminta pemandunya menunggu sahaja dalam kereta.  Setelah sekian lama menunggu, pemandu tadi mencarinya dan melihat ulama besar itu sedang sibuk membersihkan tandas masjid.

Lalu beliau ditanya mengapa melakukan demikian, ulama itu menjawab,

"Saya sebentar tadi merasa hebat apabila orang ramai menjerit-jeritkan nama saya sehingga kereta diangkat.  Namun, rasa hebat itu tidak boleh ada dalam diri manusia kecuali Allah.  Untuk membersihkan hati dan diri yang merasa hebat ini, saya perlu membawanya ke tempat yang rendah dengan membasuh tandas-tandas di sini".

Hebat bukan?  Sesungguhnya saya belum mampu untuk berbuat seperti yang beliau lakukan.

Thursday, August 9, 2012

Nasihat saya: 70

Pandangan dan pendapat saya telah diminta, untuk pelajar UITM ini.  Saya merasa terharu.  Ia adalah nikmat akal dan pengalaman yang tidak mahu saya dustakan.  Alhamdulillah hirobbil aalamin.

Lebih terharu kerana orang luar (baca: bukan ahli keluarga) bertanya tentang pandangan saya, untuk hidup dan masa depan mereka.   

Siti,

Kalau tanya pandangan saya samada terus bekerja atau sambung pengajian ke Master, ia berbalik kepada apa yang siti inginkan.  Kalau Siti hendak menceburi bidang yang memang tinggi saingannya (sebagai contoh Pegawai Penyelidik/ Pensyarah di mana tahap pendidikan tertinggi diberi keutamaan),  eloklah siti sambung study jika ada kemampuan kewangan dan komitmen yang tinggi.  Begitu juga kalau bidang kerja berdasarkan kelulusan siti menawarkan tempat kerja yang terhad.

Contoh terdekat adalah adik ipar saya.  Dia berkelulusan ijazah dari UITM, mendapat offer sambung master untuk menjadi pensyarah di fakulti beliau yang baru dibuka tetapi beliau tidak mahu (saya tidak pasti sebab sebenar, namun mungkin kerana tidak mahu bersusah payah menyambung study walaupun bapa mertua mempunyai kemampuan kewangan yang stabil atau dia sendiri tidak minat menjadi pensyarah).  Jadi, sekarang setelah 4 tahun, dia bekerja sebagai kerani bertaraf kontrak dan masih belum mendapat pekerjaan bertaraf ijazahnya kerana bidang pengajian yang lepas menawarkan kerja yang terhad (Pegawai Arkib/ Pegawai Perpustakaan).

Saya bukan menghina pekerjaan kerani bertaraf kontrak itu, kerana itu juga telah tertulis untuknya.  Namun, pilihan yang dia buat menentukan kedudukan dia sekarang.  Hidup semakin mencabar dan keperluan kepada kewangan yang kukuh menjadikan dia sekarang berada dalam kesempitan.  Sehingga hendak berkahwin pun bertangguh beberapa kali, mengenangkan belanjawan yang goyah.  Sekarang, adik beradiknya tidak henti-henti menyuruhnya mencari kerja lain yang setaraf dengan kelulusan dan menjamin masa hadapan.  Kasihan pula melihatnya.

Seperti saya, sepatutnya bekerja sebagai Pegawai Sains di makmal2 hospital kerajaan (mengikut kelulusan pengajian).  Tetapi, melihat kepada hanya 5-6 Pegawai Sains yang ditempatkan di hospital kerajaan, saya merasakan peluang untuk bekerja di situ sangat tipis dan sukar.  Untuk pengetahuan Siti juga, saya hadir untuk temuduga Pegawai Sains sebanyak 5 kali dengan calon seramai 200 orang lebih dan kekosongan hanya untuk 3-5 org.

So, atas nasihat keluarga, saya sambung pengajian master, dan alhamdulillah saya mendapat kerja di sini dan kebanyakan officer di sini adalah Master holder.

Pada saya, kadangkala minat perlu diketepikan, for your survival.  But don't forget to develop your new interest along the way.

Saya sangat berminat untuk menjadi seorang pendidik, but then Allah tentukan tempat saya di sini.  Pasti ada didikan yang Allah hendak berikan kepada saya kerana Maha Suci Allah daripada menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

Selamat membuat keputusan yang TERBAIK.

Tuesday, August 7, 2012

Mudah-mudahan bertaqwa-Part III:69

Ramadhan adalah suasana yang diciptakan untuk beribadat dan dekat kepadaNya.  Puasa adalah modul yang Allah sediakan untuk menjana hamba Allah yang bertaqwa. 

Bagi mencapai matlamat menjadi hamba Allah yang bertaqwa, ditentukan 4 key results area (KRA) iaitu:

1) Niat.  Ia bukan sekadar niat seperti yang diajar oleh ibu bapa kita semasa kecil iaitu "nawaitu saumaghoden....".  Ia adalah 'burning desire' untuk akhirnya mencapai cita-cita menjadi orang yang bertaqwa.    Sebagai contoh Dato' Azhar Mansor yang berjaya mengelilingi dunia bersendirian dengan kapal layarnya adalah  kerana 'burning desire' itu.

2) Solat Terawih - ia boleh dilakukan di rumah namun sunnah nabi Muhammad adalah melakukannya di surau/ masjid.  Ia adalah budaya orang bertaqwa yang menjadikan surau/ masjid sebagai paksi kehidupan.  Jika solat sunat terawih dilakukan di surau/ masjid, apatah lagi solat fardhu.  Dengan latihan solat sunat terawih ini dilakukan selama 30 hari di surau/ masjid, mudah-mudahan di luar Ramadhan nanti, surau/ masjid akan terus dikunjungi.

Bahawa Nabi Muhammad ada bersabda,
"Ada satu golongan yang akan berada di mimbar yang bercahaya semasa di akhirat nanti iaitu orang-orang yang hati-hati mereka sentiasa dekat dengan surau/ masjid".

3) Sahur.  Bahawa ia bukan sekadar bangun untuk makan tetapi adalah untuk bertahajjud kepada Allah.  Ia adalah modul khas yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya bangun pada malam hari untuk mengadu dan memohon ampun kepadaNya.

4) Puasa di siang hari.  Ia bukan sekadar mengingati dan menginsafi mereka yang tiada makanan dan minuman, tetapi ia adalah mendidik nafsu supaya patuh kepada suruhan Allah, bilamana ada makanan dan minuman di dalam rumah kita, namun kita tidak makan dan minum kerana taat kepada Allah.  Walaupun kita bersendirian dan tiada orang yang nampak, kita tetap tidak makan dan minum.  Ia adalah kawalan diri terhadap nafsu.  Begitu juga dengan kerja-kerja jahat yang lain seperti menipu, mencuri dan rasuah.  Jika nafsu dikawal untuk tidak berbuat jahat selama 30 hari ini dapat dilaksanakan, insyaAllah selepas daripada itu nafsu akan terdidik dan kita akan menjadi sebaik-baik hamba Allah.

Kuliah Selasa: Ustaz Long Kecik.

Friday, August 3, 2012

Mudah-mudahan bertaqwa-Part II:68

Bahawa puasa adalah proses mendidik nafsu, yang merupakan modul khas ciptaan Allah Maha Kuasa agar matlamat akhir adalah menjadi hambaNya yang berTaqwa.

Diriwayatkan semasa Allah mencipta manusia, ada 3 'benda' yang Allah bekalkan bersama kita iaitu Akal, Roh dan Nafsu.

Setiap 3 'benda' ini ditanya oleh Allah:

"Man Ana, Man Anta?" (Siapa aku, siapa kamu?)

"Anta Robb, Ana Abd'" (Kamu Tuhan, saya hamba)

Ianya adalah jawapan Roh dan Akal tetapi berlainan sekali jawapan Nafsu.

"Man Ana, Man Anta?" (Siapa aku, siapa kamu?)

"Anta anta, ana ana (sepertinya Lu, lu...gua, gua); dialog ini mendapat sahutan gelak tawa di kalangan kami.

Lalu Allah memerintahkan malaikat supaya merendam Nafsu di laut dalam yang sejuk selama 1000 tahun.

Setelah itu dikeluarkan Nafsu dan ditanya lagi oleh Allah;

"Man Ana, Man Anta?" (Siapa aku, siapa kamu?)

"Anta anta, ana ana."

Sekali lagi Allah memerintahkan malaikat membawa Nafsu dan disimpan di dalam syurga selama 1000 tahun.

Setelah 1000 tahun, Nafsu dikeluarkan dari syurga dan ditanya Allah soalan yang serupa seperti sebelum ini.

Maka, apa jawab Nafsu?

"Anta anta, ana ana."

Lalu Allah puasakan Nafsu selama 1000 tahun pula.  Selepas itu ditanyakan lagi kepada Nafsu,

"Man Ana, Man Anta?" 

Jawab Nafsu,

"Anta Robb, Ana Abd'".

Akhirnya jawapan Nafsu serupa seperti jawapan Roh dan Akal.

Setelah dipuasakan Nafsu itu, maka terdidik dan dipandu ia bahawa ia adalah hamba dan Allah adalah Tuhannya.

Begitulah Ramadhan yang didatangkan khas selama sebulan untuk manusia mendidik dan mengawal nafsu agar menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Kuliah Selasa: Ustaz Long Kecik

InsyaAllah bersambung lagi nanti.

Wednesday, August 1, 2012

Mudah-mudahan bertaqwa-Part I:67

Berpuasa di Bulan Ramadhan, sepertimana firman Allah swt:

"Wahai orang-orang Yang beriman!  Diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa".

[Al-Baqarah 2: 183]

Ianya disebut sebagai mudah-mudahan, kerana akan ada yang dapat menjadi seorang bertaqwa, dan ada juga yang hanya mendapat lapar dan dahaga.

Bahawa matlamat berpuasa adalah TAQWA.

Bahawa Input adalah Iman, Puasa adalah Proses dan Taqwa adalah Output.

Input iaitu Iman= Mempunyai keimanan/ kepercayaan bahawa puasa adalah diwajibkan oleh Allah dan akan ada ganjaran bagi sesiapa yang melaksanakannya serta hukuman bagi mereka yang tidak mengerjakannya.

Bahawa proses untuk menjadi orang bertaqwa itu adalah melalui puasa.

-Kuliah Selasa: Ustaz Long Kecik

Akan bersambung nanti, insyaAllah.

Sunday, July 29, 2012

24/7 tiba lagi: 66

Alhamdulillah, Khadijah Hani telah berumur satu tahun.

Ia kelahiran yang dinanti, atas nama kasih dan cinta kami.

Semoga anak ibu menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat!

Oleh kerana hari lahir KH jatuh pada bulan puasa dan waktu bekerja pula, kita sambut lewat sikit, insyaAllah di Seremban (rumah atuk dan wan) Sabtu nanti.  Ibu juga telah minta wan masakkan bubur lambuk untuk kita berbuka puasa. 

Friday, July 27, 2012

Kuasa Membeli: 65

Saya menganggap kuasa membeli saya terhad.  Handak membeli untuk diri sendiri pun saya mempunyai a shortlist ‘things to buy’.  Walaupun gaji telah naik, senarai itu tetap pendek begitu.  Saya berkira-kira untuk membeli banyak benda.

Ia banyak dipengaruhi oleh kehidupan semasa kecil, semasa belajar, sebelum ada kerja, ada gaji dan ada kesenangan.

Semasa kecil, ayah dan emak saya bukannya pekerja kelas atasan.  Mereka adalah daripada kumpulan sokongan.  Dengan adik beradik seramai 7 orang, semuanya terhad.  Segala-galanya telah dihadkan.

Apabila saya belajar di universiti, mendapat pinjaman JPA adalah satu nikmat Allah yang tidak mahu saya dustakan.  Walaupun ia tidak terlalu mewah, namun ianya mencukupi untuk membayar yuran dan mengisi perut saya.  Masa tu saya sangat kurus, hanya 42 kg dengan ketinggian 150 cm (baca: perasan seperti model rendang dan kurus).  Sekali lagi saya tidak mampu sangat untuk berbelanja.  Seingat saya, hanya ada satu benda yang saya beli dengan harga yang SANGAT MAHAL iaitu kasut yang berharga RM 150 dan ianya masih baik sehingga sekarang (baca: after 14 yrs). 

Lepas tu saya mendapat kerja tetap dan telah pun mempunyai dua orang anak.  Sebelumnya saya bekerja taraf sambilan dan kontrak yang tidak memungkinkan saya untuk berbelanja mengikut kata nafsu.  Sekali lagi perbelanjaan dihadkan kerana keutamaan diberikan kepada anak-anak.  Bermula dengan keperluan bayi sehingga bayaran nursery, semuanya menggunakan duit yang tidak pernah sedikit.

Begitu juga apabila gaji telah naik, samada semasa mendapat hadiah pergerakan gaji kerana mendapat Master (Sc.) atau kerana naik pangkat atau kerana kenaikan 1-13% gaji kakitangan awam, a shortlist ‘things to buy’ is still short, hahaha.  Lagipun, saya mendapat seorang lagi anak, yang merupakan rezeki terhebat selepas 6 tahun.

Saya menjadi pemikir apabila melihat rakan-rakan yang bekerja terutamanya bertaraf kontrak,  tetapi sanggup berhabis membeli tudung gaya Pearl Haiya dan Fareeda sehingga RM 140 sehelai.  Membeli baju pula sehingga RM 130-150 sehelai dan yang paling saya tidak faham, mereka sanggup pula berhutang!  Masya Allah.

Ia sesuatu yang boleh difikirkan.

Saya hanya membeli perkara yang PERLU dengan harga yang MUNASABAH.  Mungkin kerana saya belum MAMPU.

Nota kaki:
Zaman kesempitan (Zamaanuddiq) adalah dari umur 15-37 tahun.  Petua menghadapi adalah dengan qana’ah (merasa cukup dengan apa yang ada) dan Iktisad (berjimat cermat).  –Motivasi pagi Radio IKIM.

Wednesday, July 25, 2012

Hanya terlintas: 64

Nikmat Allah yang manakah yang aku dustakan?

Sekecil-kecil perkara walaupun sekadar lintasan hati, tetap Allah yang Maha Mendengar mengambil tahu dan memakbulkan.  Tiada siapa yang tahu lintasan hati orang lain, kecuali Allah.

Lintasan hati I

Kerap juga towel yang dibawa ke nurseri KH perlu ditukar.  Kadang tu sampai 3 helai seminggu.  Kotor betul.

Terdetik dalam hati,

"Nanti masuk gaji nak tambah towel KH, senang nak ganti-ganti".

Hujung minggu itu rakan sekerja dari Kelantan datang ziarah kami sekeluarga.  Mereka bukan sahaja rakan sekerja malah telah menjadi rakan keluarga kami.

Sebelum balik beliau menghulurkan buah tangan.  Satu beg besar.  Beliau selalu begitu, tidak lokek dengan cenderahati, bukan sahaja kepada anak-anak kami tetapi untuk saya dan suami pun ada!

Alhamdulillah, ada  3 helai towel bersaiz untuk kanak-kanak di dalam beg besar itu.

Allah Maha Mendengar permintaan hambaNya.  Masya Allah.

Lintasan hati II

Sekembalinya dari outstesen di Penang, saya singgah di Kilang Yusoff Taiyoob.  Nak beli kurma dengan harga borong!

Bila dijual dengan harga borong, maknanya kena beli dengan kuantiti yang besar (baca: 2-5 kg ke atas).

Mak aaaiii...banyaknya nak kena beli.

Lastly, I bought the cheapest kurma, which was Ajmal for 2 kg packaging.  The least is 2 kg.

Sampai rumah, pakat-pakat bagi jiran semua sebekas taufu fa.  Berkongsi rezeki yang banyak!

Bila dah start puasa 3 hari ni, nampaknya bekalan kurma sendiri semakin nampak berkurangan.  Tahun ini kami ajak anak-anak makan 3 biji kurma, sempena ikut sunnah Rasulullah, bukan 1-2 biji sahaja seperti tahun-tahun sebelumnya.

Terdetik dalam hati,

"Macam nak kena beli lagi kurma ni.  Kirim kat siapa ye kalau pergi kilang Yusoff Taiyoob".

2-3 kali jugak melintas dalam hati untuk beli kurma.

Hari ini bos kecil menghadiahkan satu bekas taufu fa kurma.  Dua hari sebelumnya rakan sekerja menghadiahkan 1 bekas taufu fa kurma Mariami.

Alhamdulillah.

Nikmat Allah yang manakah yang aku ingin dustakan lagi?

Monday, July 23, 2012

Dr. Azim, Berlarilah Menuju Temanmu Yang Maha Pengasih: 63

Ia berita yang amat mengejutkan.  Pemergiannya juga mengejut.

Beliau pergi dalam tidur sekitar jam 3 pagi.

Saya hanya dapat beritanya setelah ianya sangat terlewat.

Kesal kerana kemudahan teknologi IT (baca: FB dll) yang ada tetapi tidak dibenarkan (baca: banned apabila di pejabat) atas sebab-sebab terlalu ramai yang tidak bertanggung jawab, menyebabkan saya terlepas berita penting dan mendukacitakan ini.

Mesej-mesej akhir yang saya terima lebih menambah duka.

"We prayed solat jenazah for Azim here, at Putrajaya Mosque".

"We buried Azim here at Putrajaya cemetery".

"Tahlil will be tonite at .......saujana pucong".

Apdet yang diterima juga bukan dapat dikejar, kerana semuanya 15-30 minutes late!

Pemergiannya sangat dirasai.  Dr. Azim bukan sahaja rakan sekolah rendah dan sekolah menengah kami, tetapi beliau lebih kepada sahabat keluarga.  Emak dan ayah saya bekerja di bawah penyeliaan ayahnya Dr. Noor Azhar.  Seluruh ahli keluarganya adalah orang yang baik-baik.  Tidak meninggi diri dan sangat berbudi bahasa. 

Oleh kerana beliau seorang yang sangat baik, saya menamakan anak lelaki saya sama dengan nama beliau, Muhammad Azeem.  Ianya dengan harapan semoga anak saya Azeem menuruti sikap dan sifatnya yang berbudi pekerti mulia, juga menjadi seorang doktor muslim yang soleh.

Saya tidak mempunyai kata-kata penguat hati untuk isteri dan 4 orang anaknya yang masih kecil kerana ia sungguh memeritkan, tambahan pula ia berlaku hanya 2 hari sebelum Ramadhan tiba.

Masya Allah.  Sesungguhnya Allah tidak memberi ujian kepada hambaNya di luar daripada kemampuannya.  Saya percaya isteri Dr Azim seorang yang sangat tabah dan solehah.

Semoga Allah merahmati mu Dr Azim.

Thursday, July 19, 2012

Office hour:62

Pertama kali dalam hidup saya mengetahui ada waktu kerja di Malaysia ini mengikut waktu operasi negara luar.  Sebagai contoh operasi syarikat ABC mengikut waktu operasi syarikat DEF yang berpengkalan di UK atau Kanada.  Maknanya, time kita semua masih diulit mimpi, ada warga Malaysia yang telah mula bekerja kerana waktu negara luar telah mula bekerja. 

Ia kedengaran sangat pelik dan seperti tidak munasabah.  Tapi, ia berlaku dan ada orang yang sanggup bekerja pada waktu itu dengan pelbagai alasan yang boleh difikirkan.

Saya dapat tahu kerana biras saya bertukar tempat kerja yang operasi kerjanya bermula 5.30 pagi dan tamat jam 1.30 petang (baca: ikut waktu Kanada).  Mulanya kami ingat beliau bertukar kerja sekadar inginkan manfaat (gaji+elaun) yang lebih (baca: telah bertukar kerja 3 kali semenjak 5 tahun menjadi sebahagian besar keluarga kami) dan sangkaan awal kami betapa beliau sanggup mengambil waktu rehat (baca:sunnatullah malam untuk rehat dan mengumpul daya) hanya kerana 'manfaat' lebih itu, sepertinya tidak patut.

Ternyata sangkaan itu salah.  Saya mendengar penuh minat perbualannya dengan ipar duai.

"Okaylah office hour macam tu, petang dah boleh main dengan anak". Katanya penuh semangat.

Iye juga, seperti guru tetapi guru kerjanya sampai malam walaupun office hour sampai tengahari (baca: kena periksa kerja sekolah murid2).

"Masa kerja sekarang, keluar pagi (baca: agak saya 6.30 am kot), anak masih tidur.  Balik dah malam, anak pun dah tidur". Tambah beliau lagi.

Munasabah dan sangat relevan pula.  Murni sungguh niat ibu muda ini, fikir saya.

Saya memandangnya dari sisi yang lain.  Ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan apabila Allah telah mengizinkan sesuatu itu berlaku.  Pasti ada didikan yang Allah ingin berikan. 

Dengan waktu kerja yang begitu, sekurang-kurangnya beliau mesti bertolak dari rumah dalam pukul 5 pagi.  Mungkin beliau mengambil masa 30 minit untuk bersiap-siap, maka beliau akan bangun pada jam 4.30 pagi.  Alangkah baiknya jika beliau dapat bangun setengah jam lebih awal untuk bertahajjud atau berqiamullail kepada Allah.  Nescaya rezeki dan 'manfaat' yang didambakan itu semakin berkat dan dirahmati.

Maha suci Allah daripada menjadikan/ membenarkan sesuatu dengan sia-sia.

~Semoga beliau diberi hidayah itu.

Tuesday, July 17, 2012

Perasan: 61

Pada saya, ianya perasaan yang spontan.  Terutama bila berjalan di kalangan pelajar-pelajar universiti.  Terasa diri sebahagian daripada mereka dan terasa ingin bercinta semula (baca: bercinta semasa muda belia walaupun saya tidak bercinta semasa masih di kampus).

Kadang-kadang terasa juga diri telah tua bila mengenangkan anak telah berderet 3 dan perasan itu juga datang dengan spontan.  Orang kata, ia perasaan sedar diri!

Situasi I

Semasa menghadiri satu bengkel penulisan saintifik di UITM, saya duduk bersebelahan dengan seorang pensyarah muda lelaki.  Saya rasa beliau baru tamat daripada pengajian Master. 

Sebenarnya beliau yang datang duduk sebelah saya.  And he is so sweet!

Beberapa pendahuluan perkenalan telah beliau mulakan.  Being as a secretariat, he always brought sweets for me. 

Hah..mulalah perasan tu.

Bila time break for tea and lunch, he will cordially invite me.  Penuh kesopanan. 

Hah..perasan yang berterusan!

Petang itu...

"Rumah awak Penang kat mana?" Tanya pensyarah muda itu.

" Err..(agak gugup di situ).  Saya tinggal di hotel." Jawab saya.

"Owh....". Beliau terdiam. 

Riak wajahnya seakan kecewa, barangkali mengharapkan saya orang Penang.  Rupa-rupanya saya bukan anak Penang.

Hah...perasan lagi.

Mungkin wajah anak mami saya membuatkan beliau bertanya di mana rumah saya di Penang ini. 

Itu telahan setelah sedar diri!

Masya Allah!

Situasi II

Saya baru saja keluar dari tandas bila 3 pelajar lelaki approach saya untuk bertanya sesuatu. 

Sebelum keluar tandas, saya membelek muka di cermin dan terdetik di dalam hati,
"hhhmm, rupa mak anak 3 dah aku ni".

"Err..tau tak kat mana pejabat dot dot dot?". Tanya pelajar itu.

"Err..saya pun tak tau sebab saya peserta bengkel kat sini".

"Diorang kata pejabat dot dot dot telah berpindah tempat.  Kat sinilah rasanya".  Mereka melanjutkan pertanyaan walaupun saya dah menyatakan yang saya hanya orang luar.

"Kalau gitu, mari saya tunjukkan sebab saya rasa ada satu pejabat di tingkat ini".  Saya tawarkan bantuan setelah melihat mereka sangat insist mahu dibantu.

"Mungkin awak nak ke pejabat ini?" tanya saya bila telah sampai di depan pejabat pentadbiran asrama.

"Yelah kot ni.  Okay, terima kasih.  See you". Kata mereka bertiga bersahut-sahutan.

Meriah bunyinya.  Semuanya ramah.  Semuanya mengucapkan terima kasih.  Semuanya menyatakan see you!

Saya tersenyum lebar. 

Hah...perasan mula datang! 

But I don't want to see you again...I am married and blessed with 3 kids.  Saya tersedar diri!

Astaghfirullah!

Sunday, July 15, 2012

Gap: 60

Saya tidak suka ada benteng/sekatan disebabkan oleh status atau disebut gap dengan staf saya.  They are freely to come and talk to me and I always remind them that they are not only my staffs but they are also my FRIENDS.  Saya sentiasa mahu menjaga urusan maknusiawi.  Urusan sesama manusia!

But, being a superior, for me is you MUST NOT break the rules/ laws.  Doing bad things/ behaviors together with them worsen the situation.  Ia akan menghilangkan rasa hormat.  Ketua telah buat salah, anak buah ikut dan teguran atau didikan untuk membetulkan mereka di kemudian hari adalah amat sukar!

Bila seorang ketua menegur staf ketua lain yang berbuat salah itu, senang-senang sahaja teguran itu diperlekehkan kerana ketua mereka sendiri okay dengan kesalahan itu.  Mereka berjemaah melakukan kesilapan or break the rules!

Ianya penyakit yang membarah di dalam sektor perkhidmatan awam.

Ya Allah, lindungilah saya daripada melakukan kesalahan selagi saya masih Engkau hidupkan.

Friday, July 13, 2012

Tazkirah Pendek-Takut Mati: 59

“Fitrah (kebiasan) manusia ini takut mati kerana mengenangkan isteri/ suami/ anak2/ ibu bapa yang ditinggalkan.  Namun, marilah kita ubah kebiasaan ini dengan yang sepatutnya atau sebetulnya iaitu takut mati kerana kita sebenarnya takut untuk bertemu Allah disebabkan amalan yang tidak sempurna dan pahala yang sedikit.  Orang yang meninggal sudah tentunya meninggal dan akan mengadap Allah dalam keadaan  bersendirian sementara orang yang ditinggalkan akan terus hidup dan beramal.  Takutlah kerana kita belum banyak persediaan untuk berjumpa Allah dan kerana memikirkan mereka yang ditinggalkan itu telah cukup atau tidak didikan dan ajaran Islam kita berikan.”

Kuliah Ustaz Pahrol Juoi-Isnin.

Monday, July 9, 2012

Cuti-cuti Malaysia Part IV: 58

Selepas sesi frust tak dapat bergambar dengan Ustaz Amin, kami ke Zoo Melaka.  Fikir saya, semua orang suka tengok haiwan.  Apa yang penting adalah baby yang dibawa.  Saya mengharapkan Khadijah teruja dengan haiwan-haiwan yang dilihat, jadi dia tak boring dan mengamuk! 

Tugu Zoo Melaka
Ehsan:ewanrani.blogspot.com-TQ

Dah penat round satu zoo yang sangat natural (boleh dikatakan haiwan diletakkan dalam tempat semulajadi/habitatnya-hutan yang tebal), kami plan nak naik tram pulak.  Saje suka-suka, ada driver bawak jalan-jalan.  Gambar di bawah menunjukkan tram waktu malam.  Saje nak bagitau, zoo Melaka pun ada ‘Night Zoo’ for nocturnal animals.


Naik tram-seronok jugak. Dah letih jalan, duduk sambil tengok2.
Ehsan:warlordsamoury.blogspot.com-TQ
Menjelang tengahari, kami pun balik hotel.  Sebelum tu tapau lauk lunch lah.  Kat Melaka ni sinonim dengan asam pedas.  Semua restoran ada asam pedas.  Jadi kami pun beli lauk tu lah.  Kiranya itulah lauk tersohor!

Asampedas pari is my favourite! Kalau masak tu lengkaplah dengan daun kesum n kantannya!
Ehsan:asamgaram2puteri.blogspot.com-TQ

Apa-apa pun, asam pedas mak dan nenek saya memang tidak ada siapa boleh challenge.

Saturday, July 7, 2012

Cuti-cuti Malaysia III: 57

Seperti hotel-hotel yang lain, customer diberi tiket makan free untuk sarapan.  Jadi, waktu sarapan saja kami makan di hotel.  Makan tengahari dan dinner, we just outsourced from restaurants nearby.  Lagipun, chef kat hotel ni agak-agak suam suku kemahiran masaknya. Sabar je lah.


As usual, saya suka makan roti bakar.  Yang kurang keringnya, bread toaster tu telah disetkan tidak membakar dengan baik bagi sekali bakar.  Kene round dua kali roti tu, barulah nampak seperti roti bakar.

Sambil duk tunggu roti tu round dua kali ada lah seorang encik itu, datang menjengah and masukkan rotinya.  Saya pun ramah mulut pula bercakap tanpa memandang,

“Tak berapa nak membakar toaster ni, kene round dua kali.” (Hasrat hati memberitahu, awak akan lama tau nak tunggu roti ni).

“Errr…”.

Macam mati kutu encik itu.

Saya pun spontan pandang ke belakang, dan ………………..












Encik itu adalah seorang SELEBRITI!  Beliau adalah Ustaz Amin Idris.


Ustaz Amin Idris
Ehsan:aminidris.com-TQ

Alahai…hensemnya.  Wajah yang bersih dan kemas.  Comelnya.  Pakaian tak yah cakap lah.  Memang beliau memakai yang selayaknya sebagai seorang ustaz dan pemberi motivasi. 

 Saya pun kebetulan roti dah bakar cantik, cepat-cepat pergi kat meja nak bagitau husband! 

“Abang, ustaz Amin tu.  TV Alhijrah tu lah…alaaa bang..kamera tak bawak pulak”. (Makan kat cafĂ© hotel, bawak kupon saja lah kan).

Nak ambik gambar dengan phone, alahai….malu lah pulak nak keluarkan phone untuk snap gambar.  Maklum saja, ianya Nokia Classic.

Telefonku yang sangat 'basic'. 
Ehsan:imcc.com.my-TQ


Ada satu family dah ambil gambar dengan ustaz Amin.  Mereka menggunakan gajet yang hebat dan terkini di pasaran, macam gambar di bawah ni! 

Smartphone idaman kalbu-tapi belum mampu!
Ehsan:dailytech.com-TQ



Bertambah segan nak ambik gambar Ustaz Amin dengan husband.  Lagi pulak, dengan skrin yang kecil tu memungkinkan berlaga pipi pula husband dengan ustaz.

Sambil makan, jelling-jeling kat ustaz.  Nak tengok beliau makan apa..hahaha.  What a psycho.. 

Beliau sangat moderate.  Hanya makan roti bakar sekeping.  Lepas tu minum oren.  Kalau dah gitu gaya makannya, mana tak cantik kulitnya.  Badan pun maintain segak.  Harapkan saya, lagi semua tak cuba hidangan buffet tak berhenti mengunyah jawabnya.

*selalunya time-time cuti/ jln2 walaupun balik kampung, memang diet Rasulullah tak patuh dah.

Sambil-sambil tu suap Khadijah.  Tiba-tiba Ustaz Amin lalu kat tepi meja untuk keluar dan tegur Khadijah.

“Comelnya”……sambil tu beliau tersenyum simpul.

Aku ternganga.  Terima kasih dalam hati.  Tak terkeluar suara.  Parah. 

“Abang, kalau lah Ustaz Don Daniyal, nescaya naik berlari ke bilik untuk ambil kamera”.

“Tu tak yah cakaplah.  Semua duk kerumun dia.  Abang pun nak bergambar dengan dia”.

Aik, abang pun ada hati nak bergambar dengan Ustaz Don!

Fenomena Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
Ehsan:bharian.com.my-TQ

To be continued….

*Jumpa Ustaz hensem pun boleh dapat tulis satu bahagian…